Tuesday, March 13, 2012

Jalan-jalan Rengit!

Rengit ni satu pekan kecik kat Johor. (Kecik la kot, aku rasa cam kecik).
Yang glamer di Rengit rupanya kedai perabot bundle.
Haaa... perabot pun ada bundle, ingat baju je ke bundle.


Semua perabot yang dijual adalah second-hand, mostly dari Singapore. 


Perabot dia ni nampak high quality jugak la, ada harga sampai ribu riban. Tapi satu je tak best, presentation memang kurang dititikberatkan.


Sepupu aku kata, tempat ni tempat orang-orang Kuala. Apa tu aku pun tak tau.
Tapi kisahnya, kedai diorang adalah rumah diorang.

Bagi aku, kalau tu rumah ko, ko kena la jaga baik-baik. Ye tak?





Bukan perabot je ada, barang elektrik pun banyak.

Barang baby pun ada. Pendek kata, apa yang boleh jual semua jual.

Teringat Ropewalk kat Penang la pulak.

Thursday, February 2, 2012

Jalan-jalan A Famosa!

Saja-saja hari Ahad pegi jalan-jalan ngan laki kat A Famosa. Ye la kalau dah duduk Melaka tapi tak penah pegi A Famosa tu cam memalukan la pulak, kan..


A Famosa ni sebenarnya kubu orang Portugis dulu-dulu. Yang tinggal ni cuma serpihan je, tak de la keseluruhan kubu. Agak strategik jugak pakcik-pakcik tu dulu buat kubu, memang mengadap laut.





Tangga banyak la pulak. Terasa cam hiking kat A Famosa pun ada jugak. Nasib baik tak pakai heels. Kalau tak, boleh mendatangkan kemarahan.

Kat situ ada la manusia yang jual cenderahati, yang main muzik (time tu lagu My Heart Will Go On by a violin player, fuhhh terasa jiwang la pulak perjalanan hari tu).





Ini pandangan dalam. Takde apa pun. Kan kubu perang, takkan nak ada taman permainan kot kan. 
Di tepi dinding ada macam kepingan batu berukir. Kubur orang kot agaknya, tah aku pun tak paham
apa benda tulis kat situ.





Laki aku tengah pikir bila la budak ni nak balik. Hehe.

Budak ni pulak tengah pikir kenapa la aku siap boleh berdiri kat tingkap ni ha.



Dia tulis "PEACE NO WAR".




So ini ler A Famosa yang glemer dalam buku teks Sejarah mesti ada tu....

Friday, January 13, 2012

Jalan-jalan Gunung Kinabalu

Mac 2011

Kapal terbang membelah awan menuju ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Perjalanan yang amat dinanti-nantikan, yang ditunggu-tunggu selama hampir 5 bulan.

Kami bertolak ke Sabah dengan pelbagai niat, yang utama, mestilah nak mendaki gunung tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu.
Yang lain, nak SHOPPING! Hehe... perempuan memang suka shopping.



Untuk mendaki Gunung Kinabalu, kita mesti daftar diri dulu di Kinabalu Park. Di situ ada asrama untuk pendaki tinggal. Selesa, tapi teramat laaa sejuknya. Tak sampai hati nak mandi pagi.


Setiap pendaki akan dapat sekeping tag. Tag ni kena jaga baik-baik, tak boleh hilang. Ia akan jadi suatu pengenalan diri bila sampai di Sayat-Sayat Hut, dan guide boleh kenal kita berpandukan tag ni.

Sempat lagi posing sebelum mendaki.

Ada dua pintu utama untuk mula mendaki, Timpohon dan Mesilau. Kami ikut Timpohon, laluan seribu tangga. Huhuhu... Dengar katanya Mesilau lagi seronok, boleh layan view cantik. Tapi Timpohon pun cantik jugak.

9.00 pagi: Mula mendaki.

Naik la tangga puas-puas.

Ni masa awal-awal. Vegetasi masih padat, suasana nyaman, tak sejuk sangat. Tangganya pun ala-ala basah embun. Masa ni, masih boleh gelak-gelak lepak lagi, tak letih sangat.

Yang bagusnya mendaki Kinabalu ialah, setiap 0.5km, ada papan tanda. Jadi kita tau, berapa jauh lagi perlu mendaki. (Huhu.... bagus ke tak bagus ni ek? )
Masa ni ada rasa agak letih, suasana makin sejuk, tapi masih tak perlu pakai sweater tebal lagi.
O ye, kalau tak nak bawak beg, boleh upah porter ye, RM 8 sekilogram pergi balik.



Pokok sayat-sayat dah semakin banyak.
Nafas makin semput.







Akhirnya sampai di Laban Rata, lebih kurang pukul 3.00 petang. Apa lagi, ngap sayot la!


Kemudian naik lagi 200 m ke Gunting Lagadan. Sebut 200 m rasa macam dekat je kan, tapi Allah saja tau betapa letihnya sebelum nak sampai ke tempat penginapan kami.
Hujan renyai-renyai, suasana penuh kabus. Masa ni seluruh badan dah menggigil. Terpaksa pakai sweater tebal. Kalau tak, nak kunyah makanan pun tak boleh.

Suasana di Laban Rata Rest House.



Di Gunting Lagadan, berada di ketinggian bersama awan nano. Hehe. Sejuk tahap amat-amat. Gosok gigi sampai ke ujung jari kaki mengeletaq!
Sudahnya tak mandi.
Takpe, tak peluh pun.

Esoknya, 2.00 pagi mula mendaki.



Mendaki dalam kegelapan dan kebekuan malam. Setiap pendaki mesti ada headlamp, dan pakaian mesti cukup untuk menahan kedinginan udara yang makin bertambah apabila makin tinggi.


Semakin tinggi kita mendaki, semakin kurang pokok-pokok. 
Sayat-sayat tadi yang tinggi, sekarang lebih kurang separas betis je. Tanah sudah tidak kelihatan, kaki hanya akan memijak batuan keras saja.

Kalau tak kerana hujan, lambat laa aku sampai ke puncak. Kes nak melarikan diri dari hujan, nak berteduh di bawah batu-batu. Rupanya batu-batu tu la puncak. Jadilah aku orang kedua dalam group kami yang sampai, pada jam 6.05 pagi.

Alhamdulillah.

Lima minit saja di puncak, terus bergerak turun. Kenapa cepat sangat?

Sebab, sejuknya Allah saja yang tahu, tangan sampai tak boleh digenggam. Rahang pun rasa keras, nak menjerit panggil kawan pun dah tak boleh. Angin kuat yang amat, badan dah bergoyang-goyang ditiup angin. Nasib baik boleh pegang tangan kawan.


Perjalanan turun.

Akhirnya dapat la sekeping sijil, yang sangat cantik dan ceria ni =)


Kinabalu!
I missed you!