Friday, December 23, 2011

Jalan-jalan Kelate

a.k.a Kelantan.

Kelantan, satu negeri yang amat glemer dengan benda-benda yang payah nak jumpa kat tempat lain. Antaranya:

1) Kuih Akok


2) Kulat a.k.a cendawan kering


Perjalanan pergi Kelantan pun tak sama dengan pergi tempat-tempat lain. Jalan belok-belok lebih daripada ular melingkar. Pastu berlubang-lubang sini-sana, jenuh nak mengelak (Kerajaan Negeri Kelantan: Tolong la naik taraf sikit keadaan jalan di Kelantan). Bukan saja di dalam perjalanan, tapi di bandar Kota Bharu pun keadaan jalan teruk. Patutnya kena elok sebab tahun depan Tahun Melawat Kelantan.

Meter parking pun hilang! Ini jalan di depan Tune Hotel.

Perjalanan ke Kelantan memang mencabar. Satu kerana jalannya, satu lagi, tak banyak tempat rehat untuk berhenti melepaskan lelah, menghilangkan lenguh kaki. Yang besar, Hentian Perah, situ ada kedai makan agak besar jugak la. Kemudian dekat nak sampai Kelantan, ada satu hentian tu (tak ingat apa ke namanya) tapi selalu saya panggil Hentian Titiwangsa. 

Sini cantik pemandangan. Biasa orang berhenti sini. Ambil gambar, makan-makan (dan buang air..hehe).




Tiga gambar kat atas ni snap dalam perjalanan pergi. Masa ni hujan cuma renyai-renyai, jadi ada kabus dan cuaca sejuk.






Yang ni masa perjalanan balik. Hujan memang agak lebat, kabus pun tebal, Terpaksa berhenti sekejap sebab kabus tebal sangat. Tak nampak jalan.

Dan driver dah letih memandu. Kikiki... Jadi kena berhenti tido sebentar.

Lepas dah puas rehat-rehat, baru makan nasi kerabu yang ditapau di Pasar Siti Khadijah. SOdap!!!


DI Kelantan ni jugak ada beberapa tempat yang menarik, yang orang kata, kalau tak pergi tak sah laaa.. tapi aku tak pegi pun kesemua tempat tu. Jauh jarak satu-satu tempat kat Kelantan ni, negeri kan luas. Buang masa banyak kat atas jalan je.



Ini Rantau Panjang. Lebih kurang macam kat Padang Besar je barangnya. Murah tu biasa je, tak la murah sangat. Tapi tudung murah la.


Muzium Diraja. Tak masuk pun.




Errr... apa ni?



Pasar Siti Khadijah.

Sedang berurusniaga.




Pakcik mana tak tau sedang bertapa di Pantai Cahaya Bulan. Dulu nama dia Pantai Cinta Berahi.
Pastu tukar, kerajaan Kelantan tak mau ada pasangan terlebih berahi sangat kot kat sini.



Satu perkara menarik di Kelantan ni, semua papan iklan mesti memaparkan imej wanita yang menutup aurat, dan setiap perkataan disertai dengan terjemahan tulisan jawi.


Konklusinya, Kelantan memang negeri yang menarik untuk dilawati. (Sebenarnya ni dah kali ke berapa pergi Kelantan... tapi kali ni baru nak buat travelog).


Thursday, November 17, 2011

Jalan-jalan Gunung Chabang




Right, I'll start writing about my first hiking expedition. I went hiking Mount Chabang with my friends from Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.



My first hiking trip, is a deathly experience (well, for me, at least).



I didn't know a thing about climbing mountains, yet when a friend asked me to join, I nodded vigorously! (Itu la, tak nak tanya betul2 dulu, main angguk je..)



Okay, sedikit info tentang gunung yang pertama aku daki.
terletak di negeri Perak, area Simpang Pulai
  • tinggi 1711 m (5612 kaki) 
  • sangat la PACAK 
  • tak ramai orang daki 
  • ada trek balak 
  • takat ni takde pulak jumpa pacat 



Masa mendaki, satu benda je aku pikir, "MAMPUS la aku! Orang suruh lepak kat rumah, tak nak... gatal nak pegi memanjat...PADAN MUKA aku!"



I didn't go for ANY training, not even jogging. I thought hiking is easy. Hah! Easy my ass! Putus urat kaki aku.



What more, I filled my bag with almost FIVE litres of water, imagine lugging almost 10kg of stuff up a mountain.



Downright crazy.



Oh, more craziness. I didn't know there are shoes for hiking. So I wore my trusted Power sport shoes. Bijak. Bijak sekali.




Cantik tak awan ni? haaa.... ni la awan dari puncak Chabang.. breathtaking, marvelous, spectacular gitu =)

Puncak dia sangat sejuk. Hembus nafas nampak kabussss.... Tido malam menggeletar. Dah la sebelum tu hujan.

Tapi nasib baik hujan, sebab bekalan air kami tak cukup. Jadi kami tadah air hujan masuk dalam plastik untuk kegunaan amik wuduk. Pagi tu amik wuduk sejuknya tak payah cerita laaa... tapi kugagahkan jua. Hehe.



Campsite agak sempit. Kami terpaksa pasang flysheet betul-betul tepi gaung. Sudahnya, ada sorang hiker dari group lain jatuh gaung terlanggar tali khemah kami. Tapi nyawa dia panjang lagi sebab dia tersangkut kat pokok-pokok. En. Kayrol jugak yang turun rescue, bukan guide. (guide kami hari tu agak tak guna).






Banyak yang aku dapat dari trip pertama aku tu. Kawan-kawan baru. Pengalaman baru. Kaki sakit sampai jalan pun macam gorilla. Letih nak mampus. Hilang LIMA kuku kaki.





Conclusion = kalau nak pegi hiking tu, bawak2 la training.. ini tak, bajet gagah la konon... kan dah pewai..



As the saying goes, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"



p/s: Gambar tak banyak. Terlalu letih sampai tak mau tengok kamera.

Wednesday, November 16, 2011

Salam dan hello pertama.

Blog ni dibuat sebab blog pertama aku dah diperibadikan. Jadi bila aku nak cerita pasal aktiviti-aktiviti yang tak peribadi, macam tak best la pulak. Ye la kan, mana tau kalau-kalau catatan aktiviti aku ni ada guna jugak untuk orang lain.

Jadi aku buat la blog ni. Dalam masa sekelip mata, toinggg!!! jadi la benda ni.




.... tapi

tak tau la berapa kali setahun aku nak update. hahaha!