Mac 2011
Kapal terbang membelah awan menuju ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Perjalanan yang amat dinanti-nantikan, yang ditunggu-tunggu selama hampir 5 bulan.
Kami bertolak ke Sabah dengan pelbagai niat, yang utama, mestilah nak mendaki gunung tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu.
Yang lain, nak SHOPPING! Hehe... perempuan memang suka shopping.
Untuk mendaki Gunung Kinabalu, kita mesti daftar diri dulu di Kinabalu Park. Di situ ada asrama untuk pendaki tinggal. Selesa, tapi teramat laaa sejuknya. Tak sampai hati nak mandi pagi.
Setiap pendaki akan dapat sekeping tag. Tag ni kena jaga baik-baik, tak boleh hilang. Ia akan jadi suatu pengenalan diri bila sampai di Sayat-Sayat Hut, dan guide boleh kenal kita berpandukan tag ni.
|
Sempat lagi posing sebelum mendaki. |
Ada dua pintu utama untuk mula mendaki, Timpohon dan Mesilau. Kami ikut Timpohon, laluan seribu tangga. Huhuhu... Dengar katanya Mesilau lagi seronok, boleh layan view cantik. Tapi Timpohon pun cantik jugak.
9.00 pagi: Mula mendaki.
|
Naik la tangga puas-puas. |
Ni masa awal-awal. Vegetasi masih padat, suasana nyaman, tak sejuk sangat. Tangganya pun ala-ala basah embun. Masa ni, masih boleh gelak-gelak lepak lagi, tak letih sangat.
Yang bagusnya mendaki Kinabalu ialah, setiap 0.5km, ada papan tanda. Jadi kita tau, berapa jauh lagi perlu mendaki. (Huhu.... bagus ke tak bagus ni ek? )
Masa ni ada rasa agak letih, suasana makin sejuk, tapi masih tak perlu pakai sweater tebal lagi.
O ye, kalau tak nak bawak beg, boleh upah porter ye, RM 8 sekilogram pergi balik.
Pokok sayat-sayat dah semakin banyak.
Nafas makin semput.
Akhirnya sampai di Laban Rata, lebih kurang pukul 3.00 petang. Apa lagi, ngap sayot la!
Kemudian naik lagi 200 m ke Gunting Lagadan. Sebut 200 m rasa macam dekat je kan, tapi Allah saja tau betapa letihnya sebelum nak sampai ke tempat penginapan kami.
Hujan renyai-renyai, suasana penuh kabus. Masa ni seluruh badan dah menggigil. Terpaksa pakai sweater tebal. Kalau tak, nak kunyah makanan pun tak boleh.
|
Suasana di Laban Rata Rest House. |
Di Gunting Lagadan, berada di ketinggian bersama awan nano. Hehe. Sejuk tahap amat-amat. Gosok gigi sampai ke ujung jari kaki mengeletaq!
Sudahnya tak mandi.
Takpe, tak peluh pun.
Esoknya, 2.00 pagi mula mendaki.
Mendaki dalam kegelapan dan kebekuan malam. Setiap pendaki mesti ada headlamp, dan pakaian mesti cukup untuk menahan kedinginan udara yang makin bertambah apabila makin tinggi.
Semakin tinggi kita mendaki, semakin kurang pokok-pokok.
Sayat-sayat tadi yang tinggi, sekarang lebih kurang separas betis je. Tanah sudah tidak kelihatan, kaki hanya akan memijak batuan keras saja.
Kalau tak kerana hujan, lambat laa aku sampai ke puncak. Kes nak melarikan diri dari hujan, nak berteduh di bawah batu-batu. Rupanya batu-batu tu la puncak. Jadilah aku orang kedua dalam group kami yang sampai, pada jam 6.05 pagi.
Alhamdulillah.
Lima minit saja di puncak, terus bergerak turun. Kenapa cepat sangat?
Sebab, sejuknya Allah saja yang tahu, tangan sampai tak boleh digenggam. Rahang pun rasa keras, nak menjerit panggil kawan pun dah tak boleh. Angin kuat yang amat, badan dah bergoyang-goyang ditiup angin. Nasib baik boleh pegang tangan kawan.
|
Perjalanan turun. |
Akhirnya dapat la sekeping sijil, yang sangat cantik dan ceria ni =)
Kinabalu!
I missed you!